Kerjaya kelab Rodrigo Ely

Rodrigo Ely merupakan produk bagi kelab Brazil, Grêmio sebelum menyertai Milan pada 2010. Beliau dipinjam ke beberapa kelab Itali iaitu Reggina pada 2012 dan Varese pada 2013 sebelum berpindah ke Avellino.

Pada 21 Julai 2014, Ely sertai kelab Avellino secara percuma. Selepas satu musim di Avellino, Ely berpindah semula ke Milan pada 10 Jun 2015 kerana prestasi beliau di Avellino yang memukau. Beliau menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2019. Walaupun beliau menjadi ejen bebas sebelum berpindah ke San Siro, Mian terpaksa membuat bayaran kepada pihak tidak diketahui dengan kos 8 juta euro.

Beliau membuat debut untuk Milan pada perlawanan pembukaan musim 2015-16 menentang Fiorentina yang berkesudahan Milan tewas 2-0. Pada perlawanan itu juga, beliau dilayang kad kuning kedua lalu dibuang padang.[1]